Pecinta Bintang
December 24th, 2007 by adrenaline…dan kami
hiasi langit yang dekat dengan bintang bintang yang cemerlang dan kami
memeliharanya dengan sebaiknya-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa
lagi Maha Mengetahui. Surah Al-Fushilat ayat 12
Teringat, dari kecil lagi aku tertanya tanya, apakah sana seperti cerita kartun Carebears. Kadang kadang melihat bintang buatku sedih
mungkin kita bisa bermain-main di atas bintang yang cantik itu ? Tengkuk
halusku dan tengkuk sederhana tebal abangku seringkali lenguh tatkala kami sibuk bermain
basikal di halaman sambil sibuk membilang butiran bintang yang berterabur luas.
Lebih sahaja dari 30, aku sudah tidak mampu untuk mengira. Impianku ialah untuk
menaiki roket dan bermain riang di atas
kerana terasa begitu jauh dan tidak tercapai.
Lewat usia awal remaja pula, pertama kali ku Ada yang begitu terang dan dekat seperti
ternampak bintang yang betul betul menyirna ialah ketika di hutan, sewaktu kem
perkhemahan pandu puteriku. Aku dibesarkan di metropolitan yang penuh dengan
lampu neon dan langit yang tidak begitu terang untuk bintang-bintang menonjol.
Dan pada malam operasi burung hantu itu, aku duduk terbaring di atas rumput
yang segar baunya dan terasa enak sejuk embun di belakangku, bertemankan bunyi
irama cengkerik, terbaring lentang menghadap terus ke arena langit luas ciptaan
yang Maha Esa. Gelap gelita tiada satu cahaya kecuali cahaya bulan dan bintang.
Seperti hendak pecah hatiku yang terasa kembang mekar melihatkan kecantikan bintang
bintang yang tiap satunya bergemerlapan dengan kelipan yang tersendiri, yang
tiap satu bintang itu lain, seakan akan manusia mempunyai personaliti yang tersendiri.
boleh di petik manakala ada yang jauh sayup sayup pudar cahaya. Bentuk bentuk
mereka seperti ada suatu kemasyarakatan, ada yang dekat dekat ada yang jauh,
yang mana tentu jika ditunjukkan kepada rakanku yang gemarkan astronomi, sudah
tentu mereka boleh menamakan mengikut zodiac. Kata Puan Zakiah, cikgu geografi ku, bintang malam
adalah petunjuk arah kepada pelayar lautan. Bintang juga berubah mengikut musim
dan sebagainya. Ah banyak betul fakta sains tapi buat waktu ini, aku tidak peduli, aku hanya mahu menghayati
mentah mentah suasana hening malam dengan bintang bintang di langit dengan
sepuas puas penghayatan, bukti yang sangat terang bahawa adanya tuhan, dan
tuhan itu boleh mencipta apa sahaja, dan segala ciptaan tuhan itu sangat indah
dan sempurna. Cukup, tidak perlu sains, hanya menyaksikan kecantikan bintang jiwa
remajaku sudah puas.
Meniti usia awal kedewasaan, aku sana sini merentas benua Rotterdam ,
sudah betah berada di langit biru. Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan
rezeki untuk ku berjalan melihat muka buminya yang luas ini. Aku terbang ke
dan lautan, dari atas langit itu, aku dapat lihat bentuk muka bumi yang
beraneka dan pelik pelik. Gurun yang berlubang dan berpetak petak, pesisiran
pantai dan teluk di mana dapat ku lihat percamtuman laut dan darat, dan yang
paling menarik bagiku, ialah melihat kepulan kepulan awan yang pelbagai bentuk,
paling pelik bagi ku ialah ketika di bumi Macau, awannya panjang panjang ke
atas persis rambut isteri Homer Simpsons, Marge. Ah, awan, seperti boleh sahaja
aku bermain main atasmu dan mengotakan impian Carebears ku! Kemudian aku di
beri peluang lagi untuk melihat langit yang penuh bintang terang, ketika di satu perkhemahan musim panas di
tepi laut
Belanda. Walaupun jauh di benua yang lain, rupanya sang bintang tetap adil,
cahayanya tetap sama, dan tidak lokek berkongsi kecantikannya dengan manusia di
seluruh bumi, walaupun pada manusia yang angkuh tidak mengimani penciptanya. Di
celah celah butiran cahaya itu, ku mencari bintang bintang yang tersusun
seperti anak panah kerana teringat kata teman baikku dari sekolah menengah,
bintang bintang yang tersusun seperti anak panah itu adalah menunjukkan kearah
kiblat. Lalu aku sujud syukur, merebahkan diriku di bawah pepayung anak panah
cahaya itu. Oh tuhan, betapa kerdilnya diri ini dibandingkan dengan
kebesaranMu.
Jadi jika ditanya kepadaku, apa yang
paling dirimu kagumi? Akan
kujawab pantas, bintang terang di langit. Jika ditanya lagi mengapa ? Akan
ku cuba untuk menerangkan sebegini ‘Kerana langit yang sehitam baldu apabila
dihiasi dengan kerlipan bintang yang mempesona, akan mendetikkan suatu rasa takjub
di hati, suatu rasa yang tiada wujudnya kata- kata untuk menghuraikan tusukan jiwa
yang dalam itu. Hanya mata yang dapat mengertikannya dan hanya lidah yang mampu
berkata ‘Subhanallah’ Maha Suci engkau ya Allah.
SCR 2235, 231207

